LONDON: Juara bertahan Piala Liga, Newcastle United akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan menentang pasukan divisyen ketiga, Bradford City di laman sendiri manakala naib juara musim lalu, Liverpool melayan kunjungan Southampton.
Newcastle yang menamatkan kemarau trofi domestik selama 70 tahun dengan kemenangan ke atas Liverpool, mendapat laluan terus ke pusingan ketiga bersama kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) lain yang terlibat dalam Liga Juara-Juara atau Liga Europa.
Manchester City akan berkunjung ke kelab Liga Satu, Huddersfield Town manakala Chelsea pula bertemu Lincoln City dan Arsenal bakal menentang Port Vale.
Grimsby Town, kelab divisyen keempat yang mencipta kejutan terbesar pusingan kedua apabila menyingkirkan juara enam kali Manchester United dengan keputusan 12-11 menerusi penentuan penalti selepas seri 2-2.
Keputusan itu menyaksikan, Grimsby akan menentang kelab divisyen dua, Sheffield.
Dua perlawanan sesama pasukan EPL menyaksikan Brentford menjadi tuan rumah kepada Aston Villa dan Wolverhampton Wanderers menentang Everton.
Perlawanan pusingan ketiga akan berlangsung dalam minggu bermula 15 dan 22 September ini. – AGENSI/UTUSAN
Undian Pusingan Ketiga:
Port Vale lwn Arsenal
Swansea City lwn Nottingham Forest
Lincoln City lwn Chelsea
Tottenham Hotspur lwn Doncaster Rovers
Brentford lwn Aston Villa
Huddersfield Town lwn Manchester City
Liverpool lwn Southampton
Newcastle Utd lwn Bradford City
Sheffield Wednesday lwn Grimsby Town
Wolves lwn Everton
Crystal Palace lwn Millwall
Burnley lwn Cardiff City
Wrexham lwn Reading
Wigan lwn Wycombe
Barnsley lwn Brighton
Fulham lwn Cambridge










