Malaysia perlu berani sasar pingat emas Sukan SEA

Malaysia perlu berani sasar pingat emas Sukan SEA

Pekan Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Thailand mensasarkan 234 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan menunjukkan betapa seriusnya negara itu bagi memburu kejayaan apabila menjadi tuan rumah Sukan SEA 2025, Disember ini.

Melihat kepada situasi tersebut, pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berharap Malaysia dapat mengambil pendekatan yang sama untuk apatah lagi menganjurkan temasya itu pada 2027.

Pekan berkata, Malaysia sudah boleh berhenti daripada meletakkan sasaran pingat tanpa warna bukan sahaja sewaktu menganjurkan temasya dwitahunan itu tetapi setiap kali kontinjen negara menyertai mana-mana temasya di dunia.

“Ini membuktikan betapa seriusnya Thailand untuk muncul juara keseluruhan pada temasya itu. Buat macam mana negara lain buat. Jadi tuan rumah atau menyertai mana-mana kejohanan, kita sasarkan pingat emas tanpa perlu ragu-ragu.

“Kita kena letakkan sasaran yang realistik berdasarkan kepada warna pingat bukan jumlah pingat tapi warnanya tiada. Apa-apa pun, warna pingat adalah penentu kepada kedudukan juara keseluruhan.

“Itu menunjukkan mereka lebih berani dan realistik. Tak macam kita, takut nak umumkan. Kononnya macam-macam alasan, tekananlah apalah,” katanya.

Rabu lalu, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Thailand (NOCT), yang dipengerusikan oleh setiausaha agungnya, Thana Chaiprasit telah memuktamadkan sasaran negara itu selepas Sukan SEA 2025 menawarkan 574 pingat emas keseluruhan.

Sebagai rekod, Malaysia membuat penetapan sasaran pingat Sukan SEA 2025 mengikut jumlah keseluruhan dan tidak berdasarkan warna selepas perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN