Kristian Tung lebur rekod 40 tahun

Kristian Tung lebur rekod 40 tahun

AKSI Kristian Tung pada kejohanan Olahraga BMC MarketAxess, Tooting Bec dekat London, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari jarak jauh negara, Kristian Tung mencipta sensasi apabila secara tidak rasmi meleburkan rekod kebangsaan bagi acara 3,000 meter (m) yang berusia 40 tahun.

Kristian yang berpangkalan di England melakukan catatan 8 minit 15.81 saat (s) untuk berada di tempat ke-15 daripada 22 peserta pada kejohanan Olahraga BMC MarketAxess, Tooting Bec dekat London, kelmarin.

Catatan itu bagaimanapun masih belum mendapat pengiktirafan rasmi daripada Olahraga Malaysia (MA). Rekod 3000m kebangsaan dipegang oleh S. Muthiah yang melakukan 8:27.00s di London pada 18 Jun 1985.

Kristian yang merupakan pemegang rekod 5 kilometer (km) kebangsaan turut berhasrat untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Impian menjadi kenyataan dan diharapkan kejayaan ni dapat membantu saya untuk mendapatkan mana-mana tajaan. Selepas ini, saya akan beraksi dalam acara 10 kilometer (km) dan saya mahu memecahkan rekod kebangsaan,” katanya.

Selepas ini, Kristian akan beraksi di kejohanan Rotterdam Big10 iaitu acara larian 10km di Rotterdam, Belanda pada 6 September ini.

Terdahulu, Kristian memulakan musim ini dengan cemerlang apabila pelajar Universiti Loughborough itu melakukan catatan terbaiknya bagi acara 1500m dengan larian 3:52.43s di Grand Prix British Milers Club, Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×