Kami bukan kejar nombor - Thinaah

Kami bukan kejar nombor – Thinaah

Pearly Tan-M. Thinaah akan beraksi pada Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kami bukan kejar nombor, kami kejar prestasi konsisten dan saling menyokong antara satu sama lain dalam setiap perlawanan.”

Itu penegasan tonggak beregu wanita utama negara, M. Thinaah yang menganggap ranking No. 2 dunia yang kini diduduki bersama Pearly Tan hanyalah sekadar angka di atas kertas.

“Kami tak pandang kami No. 2 atau No. 1, bagi kami itu hanya nombor semata-mata.

“Apa yang lebih penting adalah bagaimana kami kekal konsisten, baca situasi dengan pantas dan terus menyokong satu sama lain di gelanggang,” kata Thinaah ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Pasangan Pearly-Thinaah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu wanita Malaysia pertama sejak 2009 mencapai kedudukan setinggi itu selepas era Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

Biarpun berada pada kedudukan kedua terbaik dunia, Thinaah enggan terlalu memikirkan kelebihan sebagai pilihan kedua kejohanan kerana menganggap semua lawan kini berada pada tahap sama.

“Ramai beregu hebat di luar sana, jadi kami tak fokus sangat pada pilihan atau undian, kami hanya mahu beri yang terbaik dalam setiap aksi,” katanya.

Sepanjang 2025, Pearly-Thinaah terus mempamer aksi meyakinkan termasuk menjuarai Terbuka Thailand dan layak ke empat separuh akhir Jelajah Dunia, termasuk di Indonesia dan China.

Konsistensi luar biasa itu turut menarik perhatian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) difahamkan menawarkan kontrak lumayan RM1 juta setahun kepada mereka sehingga tamat Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Bagaimanapun, misi terbesar mereka kini ialah membawa pulang pingat pertama dalam sejarah badminton wanita negara pada Kejohanan Dunia 2025 di Paris pada hujung bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN