ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengorak langkah kanan dalam Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) bagi merebut Piala Shopee apabila menjinakkan kelab Singapura, Lion City Sailors 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, petang tadi. Beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Xisco Munoz berjaya menguasai permainan dan mendesak pasukan pelawat untuk lebih banyak bertahan dan berkampung di bahagian bawah. Hantaran demi hantaran yang dilakukan ke dalam kotak penalti memaksa pertahanan lawan melakukan…