Gergasi Merah sedia cabar JDT

Gergasi Merah sedia cabar JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Selangor FC sedia beri tentangan sengit kepada kepada juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini.

Pengurus Pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, meskipun mengakui skuad Harimau Selatan itu kekal sebagai pilihan utama, beliau menegaskan Gergasi Merah tidak akan datang sebagai pelengkap jadual.

“JDT pasukan hebat, dibarisi pemain terbaik dari Eropah dan luar negara. Tapi kami mahu menyaingi kekuatan mereka dan beraksi dengan penuh semangat.

“Ini juga pembuka tirai Liga Super, jadi kami akan beri yang terbaik untuk harumkan nama Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas persiapan pasukan, Mahfizul berkata sesi latihan berjalan lancar dengan fokus terhadap aspek teknikal dan taktikal, selain menguji beberapa gandingan baharu.

Beliau juga berkata, Ogos bulan mencabar buat Gergasi Merah dengan jadual padat membabitkan Liga Super, Piala FA dan kempen Piala Shopee di pentas antarabangsa.

“Semua pemain berdaftar perlu sentiasa bersedia, bukan hanya 11 pemain utama. Bagi menghadapinya, penggiliran pemain akan menjadi kunci utama dalam menghadapi jadual yang padat,” jelasnya.
Mahfizul turut mengesahkan skuad Selangor bebas kecederaan dan bersedia turun dengan kekuatan penuh.

“Keputusan perlawanan ini bukan tanda aras mutlak prestasi pasukan kerana musim masih panjang, tetapi kami mahu perlawanan yang berkualiti, menarik dan penuh aksi,” tegasnya.

Perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan JDT dan Selangor FC akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dan dijangka pertembungan epik antara kedua-dua pasukan tersebut bakal diberikan dalam merebut piala berprestij itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN