MANCHESTER: Manchester United perlu segera mencari penjaga gol baharu sebelum jendela perpindahan ditutup bagi mengelak gawang pasukan itu terus dibocori dengan gol-gol mudah. Legenda United, Gary Neville dan Wayne Rooney berkongsi pendapat yang sama tentang situasi itu selepas The Red Devils tumbang 0-1 kepada Arsenal dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin. Dalam aksi di Old Trafford itu, kegagalan penjaga gol, Altay Bayindir mengeluarkan bola membolehkan Riccardo Calafiori menanduk…