LONDON: Liverpool akan bertandang ke Newcastle United pada awal pagi esok dalam suasana hangat berikutan kemelut perpindahan yang menyaksikan The Reds berusaha mendapatkan penyerang Alexander Isak daripada The Magpies. Setakat ini, Newcastle telah menolak usaha Liverpool, namun Isak melalui media sosial secara terbuka menyuarakan hasrat untuk berpindah menyertai juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Ia bukan sekadar luahan di media sosial, Isak juga tidak menyertai pramusim bersama Newcastle dan…