LONDON: Chelsea bersedia untuk mengemukakan tawaran terhadap pemain tengah Barcelona, Fermin Lopez ketika The Blues berusaha memperkuat pasukan sebelum tarikh akhir perpindahan pada 1 September ini. The Blues yang dikendalikan Enzo Maresca dilaporkan sudah mengadakan perbincangan awal dengan wakil pemain kebangsaan Sepanyol itu, namun sehingga kini masih belum membuat tawaran rasmi kepada Barcelona. Lopez adalah tonggak penting Barcelona, dengan pemain berusia 22 tahun itu semakin hampir mencatat 100 penampilan bersama…