Alcaraz mahu tamatkan rekod Sinner

Alcaraz mahu tamatkan rekod Sinner

Carlos Alcaraz berlatih di gelanggang nasional Billie Jean King menjelang Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di New York, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Carlos Alcaraz berharap dapat menamatkan penguasaan bintang tenis No. 1 dunia, Jannik Sinner dalam kejohanan Grand Slam di gelanggang keras apabila kedua-dua pemain itu sekali lagi berentap di Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Sinner kini memburu kejuaraan Terbuka AS dua kali berturut-turut untuk digandingkan bersama kejayaannya di Terbuka Australia pada 2024 dan 2025.

Pemain dari Itali itu tidak pernah tewas dalam perlawanan Grand Slam di gelanggang keras sejak disingkirkan oleh Alexander Zverev pada pusingan keempat di Terbuka AS pada dua tahun lalu.

Alcaraz menewaskan Sinner dalam final Terbuka Cincinnati pada Isnin lalu selepas Sinner menarik diri pada set pertama ketika ketinggalan 5-0 akibat masalah kesihatan berkata, menamatkan kemenangan Grand Slam Sinner akan menjadi kejayaan besar buat dirinya.

“Saya rasa dia telah memenangi tiga Grand Slam terakhir di gelanggang keras, jika saya tidak silap. Ia sangat luar biasa melihat tenis yang ditunjukkannya di gelanggang keras.

“Jadi saya memang menjadikannya contoh dalam beberapa aspek untuk bersedia jika saya perlu berdepan dengannya. Ia akan menjadi sesuatu yang hebat. Harap dapat bertemu dengannya di final. Dia kini menjadi sasaran besar,” kata Alcaraz.

Persaingan antara Alcaraz dan Sinner telah menjadi perhatian dalam beberapa musim kebelakangan ini dengan kedua-dua pemain itu bertemu dalam dua aksi final Grand Slam musim ini.

Alcaraz menang dalam perlawanan lima set yang mendebarkan untuk menjuarai Terbuka Perancis Jun lalu sebelum Sinner membalas dendam dengan menewaskan Alcaraz di Wimbledon pada bulan berikutnya.

“Setiap kali kami berdepan di gelanggang, kami saling meningkatkan tahap permainan ke tahap tertinggi. Rasa hormat yang kami miliki antara satu sama lain dan hubungan baik di luar gelanggang, saya rasa itu sesuatu yang hebat,” katanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN