‘Tanya Cklamovski sendiri apa maksud dia’

‘Tanya Cklamovski sendiri apa maksud dia’

Mohd Joehari Mohd Ayub (kanan) bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025 di Subang Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata, badan induk itu memberikan sokongan penuh kepada projek revolusi Harimau Malaya.

Kenyataan berkenaan sekali gus menafikan dakwaan FAM antara pihak yang menjadi ‘penghalang kejayaan’ skuad Harimau Malaya.

Mohd Joehari berkata, kenyataan pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengenai campur tangan luar dalam skuad kebangsaan adalah lebih wajar ditanya terus kepada individu berkenaan, dan bukan dijadikan bahan spekulasi.

“Kita memang tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Cklamovski. Saya rasa perkara ini lebih baik ditanya kepada beliau sendiri,” katanya dalam dalam sidang media selepas Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Cklamovski mendakwa wujud isu dalaman termasuk unsur politik dan halangan tertentu yang dihadapi pasukan kebangsaan dalam usaha memajukan skuad di peringkat antarabangsa.

Dakwaan itu dibuat selepas perlawanan Malaysia menentang Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun lalu, yang menyaksikan Harimau Malaya menang besar 4-0.

Selain itu, Mohd Joehari menegaskan bahawa pihaknya tidak mahu menokok tambah kenyataan yang mungkin boleh disalah ertikan atau menimbulkan salah faham dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak negara.

“Biarlah Cklamovski sendiri yang jelaskan. Kadang-kadang bila kenyataan diterjemahkan atau disampaikan semula, konteks boleh lari. Jadi sejujurnya, elok tanya dia sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Joehari menegaskan sokongan FAM terhadap barisan kejurulatihan Harimau Malaya kekal utuh dan tidak pernah berubah sejak awal pelantikan jurulatih kelahiran Australia itu.

“Saya boleh beri jaminan, sebagai Presiden FAM, kita beri sokongan 100 peratus, malah 150 peratus kepada jurulatih dan pemain. Kita sentiasa di belakang mereka.

“Kami bersama. Itu yang penting. Kita memulakan projek ini dengan visi yang sama, dan sokongan kami kekal padu sehingga sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN