Harimau Malaya sedia bermula garang - Cools

Harimau Malaya sedia bermula garang – Cools

JURULATIH interim skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe (kiri) bersama Dion Cool pada sesi sidang media di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, semalam. - IHSAN MALAYSIA NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Harimau Malaya, Dion Cools menegaskan tempoh persiapan yang singkat bukan penghalang buat skuad kebangsaan untuk bermula garang dalam kempen Piala ASEAN FIFA 2026 apabila berdepan Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini.

Tonggak pertahanan Cerezo Osaka itu berkata, segala persiapan pasukan berjalan lancar dan kesemua pemain kini berada dalam keadaan terbaik dari segi fizikal serta mental menjelang aksi pembukaan Divisyen 1 Kumpulan A.

Menurut Cools, komitmen tinggi yang ditunjukkan pemain sepanjang kem latihan turut memberikan keyakinan bahawa Harimau Malaya bersedia mengharungi cabaran pertama kejohanan tersebut.

“Persiapan berjalan dengan baik walaupun tempohnya singkat. Semua pemain bersedia, berada dalam stamina yang baik dan bersedia untuk aksi pertama,” katanya pada sidang media pra perlawanan menentang Bangladesh di Jakarta, semalam.

Cools turut menyifatkan penyertaan dalam edisi sulung Piala ASEAN FIFA sebagai peluang terbaik buat pemain negara membuktikan kemampuan mereka di pentas serantau.

Katanya, Harimau Malaya mahu memanfaatkan peluang tersebut untuk memulakan kempen dengan keputusan positif dan seterusnya menghadiahkan sesuatu yang membanggakan kepada penyokong tanah air.

“Sejujurnya, bermain dalam kejohanan ini adalah sesuatu yang baik. Semua perkara dianjurkan dengan baik dan saya berharap kami dapat mencapai keputusan yang baik untuk Malaysia,” ujarnya.

Harimau Malaya membuka kempen Divisyen 1 Kumpulan A menentang Bangladesh sebelum berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada Isnin ini dan Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada 1 Oktober. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×