BARCELONA: Marcus Rashford sanggup menerima potongan gaji 15 peratus bagi merealisasikan perpindahan secara pinjaman ke Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini. Juara La Liga itu menjadikan Rashford, yang kini tersisih dalam perancangan Manchester United, sebagai sasaran utama selepas usaha mendapatkan Luis Diaz dari Liverpool dan Nico Williams dari Athletic Bilbao tidak membuahkan hasil. Fleksibiliti Rashford sebagai penyerang sayap atau penyerang tengah menjadikannya pilihan ideal dalam perancangan taktikal pasukan. Rashford…