PETALING JAYA: Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad menaruh kepercayaan bahawa barisan pelari pecut negara masih berpeluang untuk menggapai pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025. Keyakinan itu tetap disuarakan walaupun selepas melihat kejayaan pelari Thailand, Puripol Boonson mempamerkan aksi konsisten dalam acara 100 meter (m) apabila mencatat masa terpantas keseluruhan di pusingan pertama pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) yang kini sedang berlangsung di Jerman. Puripol mencatat masa…