PETALING JAYA: Pengendali skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara, Nafuzi Zain mengakui Piala Mandiri ASEAN B-23 di Jakarta, Indonesia yang bermula pada 15 Julai ini sebagai ujian pertamanya. Nafuzi berkata, persiapan skuad negara berjalan lancar dengan semua 30 pemain telah melaporkan diri untuk kem latihan sebagai persiapan untuk membaca cabaran negara kejohanan berkenaan. “Semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan, dan saya melihat pemain teruja dan bersemangat serta positif. Semua pemain…