Mbappe akhirnya pakai jersi nombor 10

Mbappe akhirnya pakai jersi nombor 10

Kylian Mbappe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan memakai jersi nombor 10 musim ini, menggantikan jersi nombor sembilan yang dipakainya dalam musim pertama bersama kelab itu.

Jersi nombor 10 kini tersedia dan tidak digunakan oleh pemain lain selepas pemergian Luka Modric yang menyertai AC Milan selepas 13 tahun bersama Real Madrid di Bernabeu.

Nombor berkenaan sememangnya menjadi pilihan Mbappe kerana dia juga menggunakan nombor yang sama dalam skuad kebangsaan Perancis selain di kelab-kelab lamanya.

Peralihan nombor itu sememangnya sudah di rancang dari awal, namun Mbappe juga bersedia untuk terus memakai jersi nombor sembilan jika Modric terus kekal bersama Real.

Mbappe mempamerkan aksi terbaiknya di musim pertama bersama Real selepas perpindahannya yang telah lama dinanti-nantikan dari Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas lalu.

Penyerang berusia 26 tahun itu menjaringkan 31 gol dalam LaLiga, menjadikannya penjaring terbanyak pertandingan itu dan dia juga mengatasi rekod 33 gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo dalam musim debutnya bersama Real dalam semua pertandingan.

Namun, Mbappe tetap menerima kritikan daripada sesetengah pihak kerana Real gagal memenangi sebarang trofi Utama musim lalu, malah hanya menduduki tempat kedua di belakang Barcelona dalam LaLiga dan tewas kepada Arsenal di suku akhir Liga Juara-Juara.

Mbappe juga juga bergelut untuk memberi impak dalam Piala Dunia Kelab yang baru selesai di Amerika Syarikat selepas dimasukkan ke hospital akibat gastroenteritis akut yang menyebabkan dia terlepas aksi peringkat kumpulan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN