JOHOR BAHR: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus rancak pada jendela perpindahan ini apabila membawa masuk seorang lagi pemain warisan, Joao Figueiredo bagi memperkuat pasukan menjelang saingan musim 2025/2026. Kehadiran penyerang Harimau Malaya berusia 29 tahun itu diumumkan menerusi hantaran video berdurasi 30 saat di platform Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, hari ini. “Joao Figueiredo membawa komitmen & kesungguhan beliau kepada Johor Darul Ta’zim FC,” umum JDT di hantaran Facebook…