PETALING JAYA: Atlet sukan tempur profesional, A’mmarul Shafiq Ubaidillah tampil cemerlang apabila meraih kemenangan ke atas pencabarnya, Jordan Boy, dalam Kejohanan BYON Combat Showbiz Vol. 5 di Jakarta, baru-baru ini meskipun bertarung dalam keadaan jari patah. Juara kebangsaan tujuh kali itu cedera selepas bertarung dengan Lutfi Julian dari Indonesia dalam Kejohanan MFN Kickboxing, Mei lalu, namun tetap meneruskan latihan menjelang perlawanan. “Tangan saya mula kebas selepas lawan Lutfi tapi saya…