Insiden jatuh tidak patah semangat Hakim Danish

Insiden jatuh tidak patah semangat Hakim Danish

Hakim Danish hanya menokok enam mata daripada perlumbaan 1 selepas gagal mengutip mata dalam perlumbaan 2 pada pusingan kelima Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Sachsenring, Jerman, kelmarin . - IHSAN SIC RACING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya akan berjuang sampai habis.”

itu janji Hakim Danish Ramli berlumba Piala RedBull MotoGP Rookies 2025.

Hanya berbaki dua pusingan di Austria serta Itali dan pelumba muda negara itu kini berdepan tentangan sengit selepas menokok enam mata di Jerman, kelmarin.

Pelumba berusia 17 tahun itu melakukan kesilapan dalam perlumbaan 2 yang mengakibatkan dia terjatuh sebelum bangkit menamatkan saingan di kedudukan ke-18.

Ini kali pertama Hakim Danish gagal mengutip mata dalam perlumbaan musim ini dan prestasinya sedikit merudum pada pusingan kelima itu menyebabkan dia semakin dihambat pesaing terdekat.

Hakim Danish berkata, dia kecewa selepas terjatuh dalam perlumbaan 2 ekoran gagal mengawal baik jentera sehingga menyebabkan tayar motosikalnya terjejas.

“Saya ambil ini sebagai iktibar dan belajar daripada perlumbaan ini. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama di pusingan berikut di Austria, saya masih ada empat lagi perlumbaan untuk dihabiskan musim ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Hakim Danish kini mengumpul 154 mata dan hanya dipisahkan 13 mata di hadapan Brian Uriarte dari Sepanyol yang mengutip 141 mata, manakala, pelumba Indonesia, Veda Pratama di tangga ketiga dengan 130 mata.

Anak jati Terengganu itu amat bertuah kerana Uriarte turut gagal menokok sebarang mata dalam perlumbaan 2 selepas terjatuh dan tidak dapat memanfaatkan peluang keemasan memintas Hakim Danish. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN