LONDON: Chelsea menambah pilihan di jentera serangannya apabila menandatangani pemain sayap antarabangsa England B-21, Jamie Bynoe-Gittens dari Borussia Dortmund. The Blues dilaporkan akan membayar yuran awal 48.5 juta pound (RM279 juta) buat pemain berusia 20 tahun itu, dengan tambahan 3.5 juta pound (RM20 juta) sebagai klausa bonus. Dortmund menandatangani Gittens pada tahun 2022 ketika pemain itu berada di akademi Manchester City. Dia membuat 107 penampilan bersama kelab gergasi Jerman itu,…