Bukan salah Jorgensen sepenuhnya - Rosenior

Bukan salah Jorgensen sepenuhnya – Rosenior

Filip Jorgensen dipersalahkan atas kekalahan Chelsea kepada Paris Saint Germain dalam saingan Liga Juara-Juara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pengurus Chelsea, Liam Rosenior tampil mempertahankan penjaga gol Filip Jorgensen selepas kesilapannya menyaksikan The Blues tewas 2-5 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi pertama, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, semalam.

“Pemain melakukan kesilapan dan Jorgensen bukan yang pertama melakukannya. Ia sebahagian daripada bola sepak tetapi jelas ia pahit untuk diterima,” kata Rosenior merujuk kepada hantaran lemah Jorgensen yang dipintas sebelum Vitinha menjaringkan gol ketiga PSG.

Gol itu hadir pada minit ke-74 selepas Chelsea dua kali bangkit menyamakan kedudukan menerusi Malo Gusto dan Enzo Fernandez apabila membalas jaringan Bradley Barcola serta Ousmane Dembele buat tuan rumah.

Selepas itu, Joao Pedro hampir menyamakan kedudukan buat kali ketiga tetapi jaringannya dibatalkan kerana ofsaid sebelum dua gol lewat Khvicha Kvaratskhelia memberikan PSG kelebihan tiga gol menjelang aksi timbal balik.

“Ia keputusan yang amat mengecewakan pada malam yang mana sebahagian besar permainan saya sebenarnya berpuas hati dengan prestasi pasukan.

“Lima belas hingga 20 minit terakhir menjadi kelam kabut dalam banyak aspek dan itu tanggungjawab saya.

“Kemerosotan boleh berlaku tetapi anda perlu kekal tenang ketika situasi itu dan kami gagal melakukannya lalu dihukum oleh pasukan yang sangat bagus. Ia amat menyakitkan kerana selama 70 minit kami masih berada dalam perlawanan dan juga saingan,” jelasnya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×