Aniq buru tiket Sukan Komanwel 2026 di India

Aniq buru tiket Sukan Komanwel 2026 di India

PEMILIHAN atlet yang lebih ketat, dilihat sebagai satu pendekatan strategik bagi menghadapi Sukan Asia Aichi‑Nagoya 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan tekad meraih pingat emas pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel di Ahmedabad, India, bulan depan bagi memastikan tiket automatik ke Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland.

Jelas pemenang emas Komanwel edisi 2022 itu, hanya kejuaraan mampu menjamin tempat secara merit, tanpa perlu menunggu peluang kedua di kejohanan tambahan tahun hadapan.

“Kalau nak layak secara merit, saya kena menang emas. Kalau tak dapat, kena masuk satu lagi kejohanan tahun depan. Tapi sasaran saya, nak selesaikan semua Ogos ni juga,” kata Aniq.

Kejohanan di India itu turut menjadi penampilan sulung Aniq dalam kategori baharu 60 kilogram (kg), selepas bertanding dalam kelas 61kg pada temasya-temasya utama, sebelum ini.

Menurutnya, tumpuan ketika ini bukan kepada jumlah angkatan semata-mata, sebaliknya kejayaan merangkul pingat emas menjadi keutamaan utama dalam misi ke Glasgow.

“Tak banyak beza. Cuma sekarang saya baru pulih daripada kecederaan bahu kanan yang saya alami di Kejohanan Asia di China sebelum ini. Tapi alhamdulillah, pemulihan cepat, dah 70 ke 80 peratus,” ujarnya.

“Snatch saya sasar 125kg, clean & jerk dalam 160 ke 165kg. Tapi apa pun yang utama sekarang adalah menang emas dulu. Angkatan nombor dua, yang penting layak,” katanya.

Dalam pada itu, atlet kelahiran Segamat, Johor itu mengakui persaingan di India nanti bukan mudah, apatah lagi dengan kemunculan ramai pencabar baharu dalam kategori yang sama termasuk dari tuan rumah.

Beliau menyifatkan pencabar utama dijangka datang daripada India dan perlu lebih berhati-hati dalam menyusun strategi bagi memastikan emas tidak terlepas daripada genggaman. – UTUSAN

CAPTION
Mohamad Aniq Kasdan mensasarkan pingat emas pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel di Ahmedabad, India, bulan depan yang menyediakan tiket automatik ke Sukan Komanwel 2026. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN