Portugal juara Liga Negara-Negara UEFA

Portugal juara Liga Negara-Negara UEFA

Pemain Portugal meraikan kemenangan menjuara Piala Negara-Negara UEFA selepas menewaskan Sepanyol dalam pada perlawanan akhir di Munich, Jerman, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH, Jerman: Ruben Neves menjaringkan sepakan penalti penentu untuk membantu Portugal menewaskan Sepanyol 5-3 menerusi penentuan penalti selepas seri perlawanan terikat 2-2 sekali gus merangkul gelaran Liga Negara-Negara UEFA.

Portugal dua kali ketinggalan dalam masa sebenar tetapi berjaya bangkit dua kali untuk menyamakan kedudukan.

“Semangat juang dan kesepaduan kami sangat penting hari ini,” kata Bruno Fernandes, yang menjaringkan sepakan penaltinya, kepada RTL.

Pada minit ke-21, Martin Zubimendi mengambil kesempatan daripada kelalaian pertahanan Portugal untuk meletakkan Sepanyol di hadapan.

Pemain cemerlang Nuno Mendes menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Mikel Oyarzabal, penjaring gol Sepanyol dalam final Euro 2024 dan final Liga Negara-Negara 2023, meletakkan La Roja kembali di depan sebelum rehat.

Cristiano Ronaldo, yang sebelum ini senyap seperti ketika menentang Jerman di separuh akhir sebelum menjaringkan gol kemenangan, menyamakan kedudukan pada minit ke-61, pantas menyesuaikan diri selepas hantaran lintang Mendes yang tertampan ke udara, mengatasi Marc Cucurella dan menyepak voli bola yang jatuh itu ke gawang.

Ronaldo dikeluarkan sebelum tamat masa sebenar akibat kekejangan.

Walaupun Portugal lebih menyerlah dalam masa tambahan, perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan menyempurnakan tiga sepakan penalti pertama mereka. Mendes menyudahkan sepakan keempat Portugal, sebelum Morata mengambil giliran dan menendang terus ke arah Diogo Costa.

Neves pula tenang menyempurnakan sepakan penentu di hadapan penyokong Portugal yang memenuhi stadium dengan warna merah dan hijau.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kompetitif kedua Portugal ke atas pesaing serantau Iberia mereka, Sepanyol, dalam sejarah panjang pertemuan mereka.

Satu-satunya kemenangan kompetitif Portugal ke atas Sepanyol sebelum ini ialah pada Euro 2004, dengan kemenangan 1-0 yang menyingkirkan Sepanyol, ketika Ronaldo yang berusia 19 tahun bermain di sayap kiri.

Portugal kini menjadi pasukan pertama yang memenangi Liga Negara-Negara dua kali, sejak ia dipeenalkan pada 2018. Ia merupakan kejuaraan utama ketiga Portugal, selepas Euro 2016. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN