Pearly-Thinaah cari penawar di Indonesia 

Pearly-Thinaah cari penawar di Indonesia 

KEDUDUKAN Pearly Tan-M Thinaah dalam RTG tidak akan terjejas biarpun bvelum menandatangani konrak baharu dengan BAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan kali kedua berturut-turut kepada gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian di Terbuka Singapura, kelmarin tidak melunturkan semangat beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang mengalih fokus kepada Terbuka Indonesia, minggu depan.

Yi Fan yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris bersama pasangan baharunya, Shu Xian sekali lagi menewaskan Pearly-Thinaah 21-14, 22-24, 14-21.

Pada Malaysia Masters minggu lalu, beregu No. 4 dunia itu juga tumpas kepada pasangan pecah ganding terbabit yang kini menghuni ranking ke-11 dunia.

Thinaah berkata, dia berasa agak sedih dan kecewa kerana gagal untuk meneruskan kemaraan lebih-lebih lagi selepas bermula dengan baik pada pertemuan tersebut.

“Kami gagal memanfaatkan peluang dalam set kedua, tetapi secara keseluruhan kami masih bermain baik dan saling beri sokongan antara satu sama lain.

“Jadi, selepas ini kami akan terus maju ke depan dan mengekalkan fokus untuk kejohanan seterusnya (Terbuka Indonesia),” katanya selepas perlawanan berakhir, kelmarin.

Pearly-Thinaah akan memulakan kempen pada kejohanan badminton berstatus Super 1,000 itu menentang beregu ke-44 dunia, Teng Chun Hsun-Yang Chu Yun pada peringkat 32 terbaik.

Thinaah berkata, dia dan Pearly terbawa-bawa perasaan kecewa sehingga mengganggu rentak permainan dalam set ketiga yang membawa kepada kekalahan mereka.

Bagaimanapun, kata anak jati Klang, Selangor itu, perkara positif yang dapat dikutip dalam mengharungi jadual padat sejak tiga minggu lalu ialah persefahaman antaranya dan Pearly.

“Pearly sentiasa berada di sisi saya ketika saya bergelut dengan prestasi dan sokongan dia sebagai rakan amat penting untuk kami meneruskan perjuangan ini.

“Dalam masa sama, saya juga memberikan apa sahaja bentuk bantuan untuk Pearly ketika dia susah dan setakat ini, kami berjaya mengendalikan dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×