Letih punca Aaron-Wooi Yik tersingkir  

Letih punca Aaron-Wooi Yik tersingkir   

Wooi Yik akan menyertai semua empat kejohanan di benua Eropah bermula di Terbuka Arctic, Finland, minggu ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keletihan akibat jadual kejohanan yang padat empat minggu berturut-turut menjadi antara punca utama kekalahan awal beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, kelmarin.

Kekalahan kepada pasangan Denmark itu sekali gus menamatkan rentetan empat final berturut-turut yang disertai beregu No.3 dunia itu, termasuk tiga kejuaraan yang diraih di Kejohanan Badminton Asia (BAC), Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura.

Wooi Yik berkata, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dalam keadaan yang sangat cergas berbanding beliau bersama Aaron yang sudah mengharungi tiga final kejohanan berturut-turut.

“Terus terang, secara fizikal kami tak berada pada tahap terbaik, tapi kami tetap cuba secara mental dan lawan setiap mata,

“Kami tak boleh nafikan mereka lebih segar daripada kami hari ini, tapi kami takkan risau sangat. Kami akan bangkit semula,” kata Wooi Yik.

Dalam pada itu, Aaron mengakui mereka telah memberikan yang terbaik, namun rehat terlalu singkat jelas memberi kesan kepada prestasi mereka di Istora Senayan, Jakarta.

“Kami dah cuba yang terbaik, tapi ini bukan hari kami. Itu saja.

“Kami ada tiga mata di depan selepas rehat, tapi mereka kejar balik dan itulah titik tolak yang membezakan,” kata Aaron.

Aaron-Wooi Yik kini akan kembali ke pangkalan latihan untuk mendapatkan semula tenaga dan fokus menjelang aksi penting seterusnya dalam kalendar antarabangsa iaitu Terbuka Jepun pada 15 hingga 20 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN