Karim sedia kembali ke 'gelanggang' 

Karim sedia kembali ke ‘gelanggang’ 

KARIM IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Olahraga Amatur Perak, Datuk Karim Ibrahim bersedia membuat kemunculan semula apabila disahkan bertanding merebut jawatan Presiden Olahraga Malaysia (MA) dalam sesi pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 15 Jun ini.

Karim yang sebelum ini pernah menerajui badan induk itu bagi sesi 2014-2019 berkata, keputusan untuk merebut kerusi No. 1 badan induk untuk penggal 2025-2029 dibuat selepas beliau didatangi oleh beberapa individu.

Katanya, beliau bersedia untuk mengetepikan ikatan persahabatannya bersama penyandang presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi merebut jawatan tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada atlet-atlet, pegawai-pegawai yang datang kepada saya untuk menerajui Presiden MA dan dengan itu, saya mengambil keputusan dan saya telah mencalonkan nama saya di mana saya akan bertanding dengan sahabat saya Datuk Seri Shahidan.

“Beliau bukanlah orang yang saya baru kenal. Saya kenal beliau sudah 25 tahun.

Karim berkata, sekiranya dipilih beliau mahu memberi tumpuan kepada kebajikan atlet olahraga selain bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kita tak boleh elak daripada bekerjasama dengan MSN kerana mereka adalah agensi kerajaan yang membantu kita daripada segi kewangan dan fasiliti untuk pembangunan atlet.

“Baru-baru ini kita nampak olahraga ni banyak merosot dan disebabkan itulah saya mengambil keputusan untuk bertanding sebagai presiden untuk membuat sesuatu apa yang saya patut buat,” katanya.

Selain Karim dan Shahidan, dua lagi calon iaitu Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan MA, Datuk Mark William Ling Lee Meng turut berminat bertanding merebut jawatan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×