ALOR SETAR: Dua pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ariff Farhan Md. Isa dan Amirul Hisyam Awang Kechik mengucapkan selamat tinggal kepada Sang Kenari yang akan menyertai Liga A1 pada musim depan. Tonggak pertahanan kiri dan jentera tengah pasukan Hijau Kuning itu dikaitkan akan menyarung jersi Penang FC yang menamatkan saingan Liga Super pada musim lalu di tangga ke-10. Dalam catatan di media sosialnya, Ariff Farhan, 29, berkata, dia sudah…