Kuching City wajib genggam tiga mata bertemu Sabah

Kuching City wajib genggam tiga mata bertemu Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuching City FC perlu memastikan tiga mata penuh menjelang aksi menentang Sabah FC di Stadium Negeri, Kuching, esok.

Pengulas sukan yang juga bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, Kuching City tidak boleh memandang mudah pertembungan derbi Borneo itu meskipun memiliki kelebihan bermain di laman sendiri.

Katanya, walaupun prestasi Sabah dilihat terumbang-ambing pada musim ini, namun bukanlah satu perkara yang perlu diambil ringan oleh skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.

“Kuching jangan ingat kerja mereka mudah. Mereka perlu lipat gandakan usaha dan memanfaatkan kehadiran peminat di stadium.

“Persaingan ini akan memberi banyak kelebihan kepada Sabah kerana pemain mereka akan bermain bermati-matian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bekas penyerang kebangsaan itu turut memuji semangat kesukanan ketiga-tiga pasukan yang kini bersaing untuk kedudukan kedua, iaitu Selangor, Kuala Lumpur City, dan Kuching City.

“Kuncinya adalah konsistensi. Setakat ini ketiga-tiga pasukan telah menunjukkan persembahan mantap.

“Setiap mata amat penting dan tidak boleh cicir. Perancangan awal jurulatih serta tumpuan pemain sehingga wisel penamat adalah sangat kritikal,” ujarnya.

Saingan Liga Super hampir ke penghujung dengan baki beberapa perlawanan sahaja, pengurus dan pemain Kuching City kini berdepan tekanan untuk memastikan mereka terus kekal dalam perebutan tempat kedua, yang sehingga kini masih belum pasti siapa yang layak menempah kedudukan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×