Herry yakin Aaron-Wooi Yik daki No. 2 dunia 

Herry yakin Aaron-Wooi Yik rampas No. 2 dunia 

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik mempamerkan prestasi konsisten musim ini walaupun tersingkir daripada Terbuka Indnonesia, baru-baru ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi yakin anak didiknya, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu melonjak ke ranking No. 2 dunia dalam masa terdekat.

Keyakinan itu hadir selepas gandingan berstatus juara dunia 2022 itu menunjukkan prestasi konsisten sepanjang musim meskipun terkandas awal di Terbuka Indonesia minggu lalu.

“Bagi saya, ia sangat baik dan memang ada kemungkinan Aaron-Wooi Yik akan naik ke ranking kedua,” kata Herry ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

“Mereka sudah main maksimum dan tiga kejohanan sebelum ini mereka sampai ke final, kemudian terus sambung main di Indonesia,” katanya.

Aaron-Wooi Yik dijangka memintas pasangan utama Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen untuk bergandingan bersama rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang kekal di takhta No. 1 dunia.

Sepanjang empat minggu berturut-turut, Aaron-Wooi Yik mara ke tiga final berturut-turut di Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura serta meraih dua gelaran juara.

Namun kekalahan mereka kepada pasangan muda Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard di Jakarta disifatkan Herry sebagai berpunca daripada faktor kecergasan.

“Kekalahan ini bukan disebabkan penurunan prestasi tetapi kondisi dan tahap kecergasan mereka. Bagaimanapun, pencapaian ini (walaupun kalah) sudah cukup baik untuk mereka,” katanya.

Beregu negara itu kini akan kembali ke pangkalan latihan untuk pemulihan kecergasan sebelum beraksi dalam satu lagi kejohanan utama, Terbuka Jepun dari 15 hingga 20 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×