Empat pemain warisan baharu perkuat Harimau Malaya

Empat pemain warisan baharu perkuat Harimau Malaya

(Dari kiri), Rodrigo Holgado, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Imanol Machuca mulai menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya kini memiliki barisan pemain terbaik dan lengkap menjelang aksi berdepan Vietnam pada Selasa ini selepas empat pemain warisan baharu secara rasmi menyertai pasukan kebangsaan.

Mereka terdiri Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado telah beberapa hari menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan dan mula mencari keserasian bersama rakan sepasukan yang lain.

Kedatangan empat pemain warisan gred A ini, dilihat mampu memberi impak positif menjelang pertemuan berdepan Vietnam sekali gus bakal membuat peminat bola sepak tempatan teruja untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

“Kesemua empat pemain ini telah pun beberapa hari menjalani sesi latihan bersama pasukan dan menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan. 

“Mereka sebagai pemain yang berkualiti, cukup bersedia untuk memperkukuh skuad negara demi merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia,” kata Malaysia NT dalam satu kenyataan, semalam.

Bagi pemain kelab Sabado Velez, Machuca mengakui bersedia memberi segalanya buat pasukan kebangsaan dan ia satu penghormatan dapat menyarung jersi Harimau Malaya.

“Sejak saya tiba di kem latihan negara, Malaysia telah memberikan yang terbaik untuk saya.

“Saya dapat merasakan ia sesuatu yang amat istimewa untuk mewakili pasukan Harimau Malaya dan ia adalah satu penghormatan, dan saya akan berikan segalanya.” kata Machuca.

Sementara itu, Rodrigo Holgado berkata, dia telah jatuh cinta sebaik sahaja tiba di Malaysia dan bersedia berjuang habis-habisan demi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Sejak tiba di sini, saya jatuh cinta dengan suasana dan negara ini. Sekarang saya mula faham apa maknanya bermain untuk Malaysia dan saya sedia berikan segala-galanya,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pemain berdarah warisan baharu, Facundo Garces yang bermain dengan Deportivo Alaves dalam saingan La Liga sah menyertai skuad Harimau Malaya bagi menyertai Hector Hevel dan Gabriel Palmero yang diumumkan, Mac lalu.

Dengan kedatangan empat pemain warisan baharu berkenaan maka lengkaplah tujuh pemain yang dijanjikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada peminat bola sepak tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×