Terlalu awal nilai pemain warisan - Cklamovski

Terlalu awal nilai pemain warisan – Cklamovski

PETER CKLAMOVSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski bersedia meneruskan fasa kedua latihan selepas berpuas hati dengan reaksi pemain dalam peringkat pertama walaupun pada masa sama terlalu awal untuk menilai kemampuan warisan yang pertama kali menyertai skuad itu. 

Cklamovski berkata, kem latihan fasa kedua latihan lebih terarah kepada membentuk formasi permainan dan penerapan taktikal.

“Kita akan fokus corak permainan kami. Ini penting buat setiap pemain memahami falsafah permainan yang diterapkan. Tambahan pula mereka telah berehat selama empat minggu lepas saingan Liga Malaysia (Liga M) berakhir.

“Yang pasti mereka hadir menjalani latihan dengan semangat dan dalam keadaan fizikal yang memuaskan dah ia amat positif malah mereka berlatih bersungguh-sungguh dan ia cukup menggembirakan saya sebagai jurulatih,” katanya.

Cklamovski berkata, kehadiran Endrik Dos Santos dalam kem latihan tampak kurang cergas dan hanya berlatih sehari sahaja dan perlu direhatkan buat seketika sementara penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed hadir melapor diri dengan keadaan fizikal yang memuaskan.

“Sementara itu, masih terlalu awal untuk menilai pemain warisan, Rodrigo Holgado dan Gabriel Palmero yang pertama kali menyertai kem latihan Harimau Malaya bagi persiapan menentang Vietnam pada aksi pusingan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027. 

“Terlalu awal untuk menilai Rodrigo, biar dia berlatih dahulu. Mengenai Palmero, dia hadir dengan keadaan fizikal yang baik selepas beraksi dalam beberapa perlawanan di Eropah. Malah dia pemain yang begitu komited dalam latihan dan memperaga aksi menarik ketika sesi latihan selepas tiba pada 21 Mei lalu,” katanya.

Pengendali kelahiran Australia itu berkata, hanya empat penjaga gol akan terus menjalani dalam dua fasa sebelum aksi persahabatan menentang Cape Verde pada 29 Mei ini.

“Haziq (Nadzli) akan dilepaskan seketika bagi menyertai skuad Asian All-Stars menentang Manchester United pada 28 Mei ini dan akan dipanggil semula. Saya akan terus latihan bersama empat penjaga gol iaitu Ahmad Syihan, Azri (Ghani) Sikh Izhan (Nazrel Sikh Azman), Syed Nasrulhaq (Syed Bidin) bagi mengharungi latihan mengikut perancangan fasa yang ditetapkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN