PETALING JAYA: Selangor FC berharap Faisal Halim mendapat keadilan sewajarnya apabila kes simbahan asid yang menggemparkan negara Mei tahun lalu diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon tetap menaruh kepercayaan penuh terhadap pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes berkenaan. Katanya, pada masa yang sama pihak pengurusan terus memberikan sokongan kepada pemain berusia 27 tahun itu untuk meneruskan kerjayanya dalam dunia bola sepak.…