KUALA LUMPUR: Pengarah kejurulatihan perseorangan badminton negara, Kenneth Jonassen mengesahkan kecederaan Ng Tze Yong bukan berpunca daripada keletihan, sebaliknya disebabkan tergelincir ketika beraksi di pusingan pertama Malaysia Masters, kelmarin. Insiden berlaku ketika pemain berusia 25 tahun itu sedang mendahului 4-3 pada set kedua menentang pemain Hong Kong, Angus Ng, selepas memenangi set pertama 22-20, sebelum dia kelihatan memegang lutut kanan dan terpaksa menarik diri daripada pertarungan. Jonassen berkata, semua kejohanan…










