PETALING JAYA: Atlet Boccia negara, Angeline Melissa Lawas dan Noor Askuzaimey Mat Salim menceriakan kem Boccia Malaysia apabila masing-masing menyumbang pingat perak dan gangsa dalam Kejohanan Dunia Boccia Serantau Asia 2025 yang berakhir di Pattaya, Thailand, hari ini. Dalam saingan kategori BC1 wanita, Angeline yang mempamerkan aksi bertenaga sejak pusingan awal terpaksa akur di pentas akhir apabila tewas kepada wakil Jepun, Endo Hiromi yang meraih emas. Kemenangan tersebut meletakkan Angeline…










