PETALING JAYA: Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluahkan rasa syukur selepas menjadi wira Harimau Selatan dengan meledak jaringan kemenangan dalam aksi final Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. Dalam perlawanan penuh dramatik itu, JDT yang ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama, bangkit penuh bersemangat melalui jaringan penyamaan Bergson Da Silva sebelum jaringan emas Arif Aiman memastikan kemenangan 2-1 milik mereka. “Kami satu pasukan. Walaupun ketinggalan 1-0, kami tetap bermain bersungguh-sungguh. Kami percaya pemenang akan datang dan bukan saya sahaja, semua rakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya