Anwar zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

Anwar zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menyampaikan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Anwar menzahirkan doa agar Seri Paduka, Raja Permaisuri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta dilimpahi rahmat dan hidayah Allah.

“Patik dan seluruh rakyat Malaysia merafak doa ke hadrat Allah agar Tuanku dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dianugerahkan kesihatan yang sempurna, kesejahteraan berpanjangan serta dilimpahi rahmat, taufik dan hidayahnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar pemerintahan Sultan Ibrahim terus berada di bawah naungan keberkatan dan kekal sebagai payung kedaulatan negara.

“Semoga pemerintahan Tuanku terus berada di bawah naungan keberkatan dan menjadi payung kedaulatan negara tercinta. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN