PETALING JAYA: Pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji perlu segera melangsaikan segala masalah bagi melayakkan mereka melengkapkan proses Pelesenan Kebangsaan. Kegagalan mana-mana pasukan berbuat demikian berisiko menyebabkan mereka akan kehilangan tempat untuk beraksi dalam kancah Liga Super pada musim depan. Untuk rekod, permohonan lesen kebangsaan akan berakhir pada 30 April ini dan bagi kelab seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC serta Kelantan Darul Naim (KDN) FC, tempoh dua minggu ini…