Pertahanan leka punca Liverpool tewas  

Pertahanan leka punca Liverpool tewas  

Penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher menumbuk bola keluar dari kawasan bahaya dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Craven Cottage, London, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui kesilapan mudah di barisan pertahanan menjadi punca utama kekalahan Liverpool kepada Fulham 2-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sekai gus menangguhkan mereka untuk menjulang kejuaraan, kelmarin.

Namun, pengendali dari Belanda itu berkata, pasukannya masih berpeluang untuk bangkit dalam perlawanan seterusnya.

“Ia bukan 45 minit pertama yang buruk, tetapi kesilapan yang kami lakukan terlalu luar biasa. Ia sesuatu yang jarang berlaku kepada kami,” katanya.

“Kami mencipta banyak peluang pada babak kedua dan sepatutnya bangkit, tetapi masa tidak menyebelahi kami. Dalam 25 minit terakhir, kami sepatutnya berjaya mendapatkan gol ketiga,” katanya.

Liverpool yang turun dengan keyakinan tinggi bermula baik apabila Alexis Mac Allister membuka tirai jaringan menerusi rembatan cantik, namun kelekaan menyaksikan Fulham bangkit dengan tiga jaringan dalam tempoh 14 minit hasil sentuhan Ryan Sessegnon, Alex Iwobi dan Rodrigo Muniz.

Gol sagu hati Luis Diaz di babak kedua memberi sedikit harapan, tetapi ia tidak cukup untuk menghalang Fulham daripada mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Penyingkiran Liverpool daripada saingan Eropah memberi ruang buat mereka untuk menumpukan sepenuhnya kepada baki saingan liga. 

Slot berharap jadual yang lebih longgar membolehkan skuadnya kembali mendapatkan momentum terbaik mereka.

“Kami mempunyai masa seminggu untuk membuat persiapan sebelum menentang West Ham (13 April). Semua pemain perlu sedar bahawa kemenangan hanya dapat dicapai dengan usaha berterusan dan kerja keras sepanjang 90 minit perlawanan,” tegasnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×