MSN tidak abai mana-mana sukan

MSN tidak abai mana-mana sukan

Jefri Ngadirin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan pihaknya tidak mengabaikan tiga jenis sukan kurang mendapat perhatian yang  disenaraikan dalam Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata pihaknya telah memulakan gerak kerja bagi membantu tiga sukan tersebut iaitu mendaki, papan selaju dan luncur ombak dalam usaha mereka layak ke Olimpik 2028 secara merit.

“Kita sudah mulakan proses dengan salurkan bantuan kepada mereka untuk menurunkan ranking dunia bagi atlet-atlet yang dinamakan supaya mereka layak ke sukan asia dan sukan olimpik, itu sudah dilakukan,” katanya.

Jefri turut berkata, kebanyakkan daripada mereka mahu mendapatkan bantuan dan bimbingan daripada MSN terutamanya membabitkan perihal teknikal.

“Pada perbincangan bersama persatuan kecil, mereka ingin mendapatkan bantuan daripada MSN terutamanya teknikal dan penstrukturan program latihan sebab mereka kebanyakkan buat secara sukarela jadi mereka memerlukan bantuan untuk buat perancangan,” katanya. 

Papan selaju, mendaki dan luncur ombak merupakan tiga jenis sukan yang buat kali pertama dipertandingkan pada temasya berprestij itu ketika Olimpik Tokyo 2020 dengan diperkenalkan sebagai acara pilihan.

Tiga sukan tersebut turut dipertandingkan pada Olimpik Paris 2024 dan selepas mendapat sambutan, kesemuanya telah dinaik taraf menjadi program teras dalam Sukan Olimpik pada edisi 2028.

Sebagai rekod, Indonesia menjadi negara ASEAN pertama berjaya memenangi pingat emas dalam salah satu sukan tersebut selepas Veddriq Leonardo memenangi acara speed climbing lelaki menerusi pada Olimpik Paris 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×