FA, FC perlu bergabung  

FA, FC perlu bergabung  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan bola sepak negeri (FA) dan kelab bola sepak (FC) dicadang supaya bergabung di bawah satu bumbung sebagai jalan penyelesaian mengatasi masalah kewangan pasukan dan demi pembangunan bakat muda untuk tempoh jangka panjang.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr. Zulakbal Abd. Karim berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mengorak langkah membantu merealisasikannya..

“Perlu kaji (cadangan) masalah yang dihadapi dan kaji tindakan dalam bentuk dasar dan laksanakan tindakan tersebut. Kalau kita kata yang terbaik, FC dan FA bergabung. FC jaga pasukan utama manakala FA jaga pasukan bawah umur. Boleh juga, tiada masalah. 

“Isu ini perlu difahami secara menyeluruh. Kalau tiba-tiba tanya apa jalan penyelesaian, saya pun tak tahu. Apa masalah utama? Jadi, semua pakar-pakar di FAM, bekas pemain dan lain-lain perlu duduk berbincang masalah yang dihadapi ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zulakbal berkata, jika banyak pasukan membuat keputusan tidak menghantar wakil menyertai kejohanan dalam liga tertinggi bawah umur seperti Piala Presiden bawah 20 (B-20) dan Piala Belia bawah 18 (B-18), ia akan menyebabkan pertandingan itu menjadi tidak kompetitif.

“Banyak pasukan, sebelum ini Kedah, Sri Pahang dan sekarang Perak yang mana kita tak tahu status mereka. Tak kanlah peringkat bawahan nanti nak ada empat atau lima pasukan sahaja. Tahap kompetitif itu tiada,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Perak FC sedang menimbang hanya menyertai Liga Super pada musim depan berikutan dipercayai menghadapi kesulitan kewangan manakala 

Sri Pahang dan Kedah Darul Aman (KDA) pula belum memuktamadkan keputusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN