Bukan mustahil kalahkan Harimau Selatan 

Bukan mustahil kalahkan Harimau Selatan 

FANDI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiada yang mustahil jika Sri Pahang berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Semangat juang dan keyakinan tinggi yang terbina selepas memenangi empat perlawanan terakhir Liga Super menjadi bekalan ampuh menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jika rekod terakhir Sri Pahang menjulang Piala Malaysia pada 2014, Tok Gajah juga bukan pasukan pilihan. 

Ketika itu, skuad kendalian Datuk Zainal Abidin Hassan menewaskan Johor 5-3  menerusi sepakan penalti selepas seri 2-2.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang yakin pasukan kendalian jurulatih, Fandi Ahmad  mampu menjulang Piala Malaysia musim ini.

“Kita sudah bersedia dengan pasukan yang ada sekarang dan taktikal yang akan dicongakkan oleh jurulatih Fandi pada perlawanan akhir itu nanti. Sri Pahang akan memberi persembahan terbaik untuk aksi final nanti, katanya.

Sementara itu, menjelang tempoh Sabtu ini, Fandi berkata, fokus utama untuk menilai prestasi keseluruhan anak buahnya selepas diberi peluang bermain dalam empat perlawanan terakhir Liga Super. 

“Segalanya dilihat berada pada prestasi terbaik selepas pemain mempamerkan peningkatan daripada segi permainan yang diharap dapat persembahkan dengan lebih baik pada aksi final nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×