Arsenal benam Real Madrid, Inter menang

Arsenal benam Real Madrid, Inter menang

Pemain Arsenal meraikan gol Mikel Merino dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Stadium Emirates, London pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Arsenal mempamerkan aksi garang apabila membenam gergasi Sepanyol, Real Madrid 3-0 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara sekali gus meletakkan The Gunners selangkah lagi untuk mara ke kempen separuh akhir kejohanan tersebut.
Aksi pagi ini juga menyaksikan Declan Rise menunjukkan kehebatannya ketika mengambil dua sepakan percuma yang singgah ke gawang lawan dalam aksi pertama suku akhir tersebut yang berlangsung di Stadium Emirates.
Gol ketiga Arsenal dijaringkan Mikel Merino sebelum pemain Real, Eduardo Camaving diarah keluar padang selepas menyepak bola ke arah luar padang ketika permainan masih berbaki di minit-minit terakhir.
Sementara itu, jaringan pada minit ke-88 Davide Frattesi membantu Inter Milan menang 2-1 ke atas Bayern Munich dalam aksi pertama suku akhir kejohanan yang sama.
Bayern yang bermain di bawah kemampuan sebenar buntu mengubah keputusan perlawanan dengan Michael Olise dan Harrry Kane gagal menembusi gawang pelawat selepas Inter mendahului seawal minit ke-38 menerusi Lautaro Martinez
Bayern bagaimanapun kembali mendapat rentak menerusi gol penyamaan pemain veteran, Thomas Muller yang akan menutup kariernya pada musim panas ini selepas 25 tahun bersama kelab tersebut. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×