Alcaraz tertekan kejar takhta nombor satu dunia 

Alcaraz tertekan kejar takhta nombor satu dunia 

CARLOS ALCARAZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTE CARLO: Carlos Alcaraz mengakui tekanan memburu gelaran pemain No.1 dunia telah ‘membunuhnya’ dalam diam sehingga prestasinya merudum sepanjang musim 2025.

Bintang muda Sepanyol itu berterus terang betapa dirinya gagal mengawal tekanan ketika melihat laluan terbuka untuk merampas takhta ranking dunia daripada pemain Itali, Jannik Sinner yang sedang menjalani penggantungan tiga bulan akibat kes doping.

“Saya sedar ramai yang memberitahu saya, saya ada peluang menjadi No.1 kerana Sinner tidak bermain. Tekanan itu benar-benar membunuh saya dalam satu cara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tekanan itu buatkan saya bermain di bawah tahap sebenar. Saya terlalu fikirkan tentang ranking. Itu kesilapan saya. Akhirnya. ianya beri kesan besar kepada prestasi saya di atas gelanggang,” kata Alcaraz.

Sepanjang musim ini, Alcaraz hanya memenangi satu gelaran di kejohanan ATP 500 Rotterdam dan belum pernah menjejak final kejohanan Masters 1000, apatah lagi Grand Slam.

Malah, bintang berusia 22 tahun itu kini menghuni ranking ketiga dunia di belakang Sinner dan pemain Jerman, Alexander Zverev dengan jurang mata yang cukup besar sebanyak 3,610 mata.

“Saya tak terkejut. Orang selalu harapkan kami (pemain utama) sentiasa menang kejohanan, sentiasa berada di final. Hakikatnya, ianya bukan semudah itu. Sekarang, saya hanya mahu lupakan tentang ranking. 

“Saya tahu saya tak mampu jadi No.1 dalam musim tanah liat ini. Saya terlalu jauh daripada Sinner. Fokus saya sekarang hanya bermain tanpa fikir perkara lain,” jelas Alcaraz.

Dengan musim gelanggang tanah liat bakal bersambung di Rome, Itali dan Madrid, Sepanyol sebelum kemuncak di Terbuka Perancis, Alcaraz berharap dirinya mampu bangkit sebagai pencabar utama. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×