Aksi Malaysia lawan Vietnam di Bukit Jalil 

Aksi Malaysia lawan Vietnam di Bukit Jalil 

Harimau Malaya tidak dapat menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Kejohanan Piala ASEAN Julai ini.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi Harimau Malaya menentang Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend selepas barisan kejurulatihan melawat keadaan padang di SNBJ, semalam.

“Kami teruja untuk menyambut kehadiran Vietnam ke Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Jun (ini) bagi satu perlawanan yang dijangka penuh debaran dan emosi.

“Ini bukan sekadar aksi kelayakan,  ini adalah detik untuk rakyat Malaysia bersatu di belakang Harimau Malaya dan menunjukkan kekuatan semangat kebangsaan kita. 

“Kami sedang membina sesuatu yang istimewa. Kami tak sabar untuk melihat para penyokong memenuhi Bukit Jalil dan menjadikannya malam yang akan dikenang selamanya,” kata Friend.

Peter Cklamovski dan barisan pengurusan skuad negara telah melakukan tinjaun terhadap kualiti padang di stadium berkenaan, semalam.

Menerusi perkongsian video Malaysia NT, Cklamovski dilihat mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Iliyas Jamil.

Selain itu, pengendali kelahiran Australia itu turut turun ke permukaan padang dan reaksi wajahnya seperti berpuas hati dengan permukaan padang di stadium keramat itu.

Untuk rekod, SNBJ akan menjadi ‘gelanggang’ utama kepada tiga perlawanan tumpuan membabitkan final Piala Malaysia pada 26 April ini sebelum berlangsungnya aksi tumpuan membabitkan Manchester United bertemu pilihan ASEAN (28 Mei 2025).

Berdasarkan laman sosial Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), perlawanan Harimau Malaya menentang Vietnam akan berlangsung di SNBJ.

Sebelum ini, Iliyas menyatakan pihaknya akan sentiasa memastikan padang SNBJ berada pada tahap terbaik walaupun dua perlawanan awal berlangsung sebelum aksi Malaysia menentang Vietnam pada 10 Jun ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN