Ranking Harimau Malaya dijangka naik  

Ranking Harimau Malaya dijangka naik 

Pemain Harimau Malaya, Harith Haiqal (kanan) bijak melepasi beberapa pemain Nepal dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, baru-baru ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya yang memulakan kempen kelayakan Piala Asia 2027 dengan langkah kanan dijangka memperbaiki ranking dunia hasil kemenangan 2-0 ke atas Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Selasa lalu.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi Footy Rankings, Malaysia berpeluang menaiki satu anak tangga, ke-131 dunia berbanding kedudukan semasa ke-132.

Kemenangan tersebut dijangka memberi 8.56 mata manakala Nepal pula ditolak 8.56 mata berdasarkan keputusan perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, kedudukan rasmi Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hanya diketahui selepas badan induk dunia itu mengemaskini pada 3 April ini.

Malaysia dibimbing Peter Cklamovski diletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk memimpin Harimau Malaya berada di dalam kelompok 100 terbaik dunia.

Kali terakhir Malaysia berada di dalam kelompok 100 terbaik dunia pada 22 Oktober 2023 selepas Harimau Malaya yang ketika itu dibawah kendalian jurulatih dari England, Allan Harris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN