Terbuka Dubai bukan keutamaan kalendar MTBC 

Terbuka Dubai bukan keutamaan kalendar MTBC 

Muhammad Hafiz Zainuddin muncul juara Terbuka Dubai, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menyifatkan, Kejohanan Terbuka Dubai baru-baru ini  bukan keutamaan dalam kalendar pertandingan skuad kebangsaan tahun ini.

Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bajet yang diterima daripada Majlis Sukan Negara (MSN), yang lebih memberi tumpuan kepada kejohanan terbuka di rantau Asia.

“Berdasarkan peruntukan yang ada, pasukan kebangsaan akan menyertai kejohanan terbuka terutamanya di Asia sahaja. 

“Jika kejohanan di luar rantau ini tidak bertindih dengan persiapan jurulatih atau kejohanan yang telah ditetapkan, atlet boleh memohon untuk bertanding tetapi atas perbelanjaan sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa keutamaan MTBC adalah memastikan atlet kebangsaan mendapat pendedahan terbaik tanpa membebankan kewangan badan induk sukan itu.

“Tumpuan utama adalah kejohanan yang memberi manfaat kepada prestasi atlet dan bersesuaian dengan perancangan jurulatih,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan ini tidak menghalang mana-mana atlet yang mahu beraksi di kejohanan luar negara, asalkan mereka mampu menanggung kos sendiri tanpa mengganggu jadual latihan atau kejohanan yang telah ditetapkan oleh MTBC.

Sebelum ini, dua atlet Boling kebangsaan, Muhammad Hafiz Zainuddin dan Muhammad Syazirol Shamsudin menyertai kejohanan Terbuka Dubai tanpa sebarang tajaan dari persatuan tersebut.

Lebih manis, Hafiz berjaya menjuarai kejohanan tersebut selepas  menamatkan lapan permainan dengan catatan 1,744 jatuhan pin.

Kejayaan itu sekali gus menandakan gelaran antarabangsa pertama Hafiz bagi tahun 2025, membuktikan keupayaan atlet negara bersaing di pentas dunia. 

Syazirol juga mempamerkan aksi membanggakan apabila menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan 1,722 jatuhan pin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×