PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengadakan pertemuan dengan beregu lelaki utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bagi menerangkan program Road To Gold (RTG) selepas mereka sebelum ini tidak pernah menerima tawaran tersebut. Menurutnya, ramai pemain badminton negara sudah mengetahui mengenai RTG dan pernah ditawarkan penyertaan, namun perkara itu tidak berlaku kepada Sze Fei-Izzuddin. Ketika ditanya sama ada Sze Fei-Izzuddin berpeluang diserap ke dalam RTG selepas menghuni ranking…










