Reds lawan PSG dalam saingan 16 akhir Eropah  

Reds lawan PSG dalam saingan 16 akhir Eropah  

Undian pusingan 16 Liga Juara-Juara di Nyon, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Liverpool akan menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara manakala undian kelmarin turut menemukan Real Madrid dengan Atletico.

Anak-anak buah Arne Slot menghuni tangga teratas daripada 36 pasukan yang bertanding dalam sistem liga ini, manakala PSG di tempat 15 dan terpaksa menempuh dua siri play-off tetapi memperoleh keputusan cemerlang membelasah Brest 10-0 secara agregat.

Aksi pertama kedua-dua pasukan akan berlangsung di Parc des Princess pada 5 Mac ini sebelum timbal balas di Anfield pada 11 Mac.

Kali terakhir kedua-dua bertemu ialah pada saingan peringkat kumpulan 2018-2019 yang menyaksikan PSG menang 2-1 di laman sendiri tetapi tewas 2-3 di England sebelum itu.

Dalam saingan kalah mati melibatkan kedua-duanya ialah semasa separuh akhir Piala UEFA 1997 yang menyaksikan PSG menang 3-2 secara agregat tetapi tewas kepada Barcelona dalam final.

Dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool masih mendahului kelebihan lapan mata mengatasi Arsenal, manakala PSG masih kebal tanpa kalah dalam Ligue 1 dan bertahan dengan kelebihan 10 mata di puncak.

Selepas undian kelmarin, PSG atau Liverpool akan menentang pemenang antara Club Brugge atau Aston Villa dalam saingan suku akhir. 

Jika menepati ramalan, kelab Inggeris dijangka bertemu di saingan suku akhir sepertimana yang berlaku dalam Piala Eropah di awal 1980-an.

Villa akan menentang Club Brugge yang dilihat sebagai peluang untuk mereka membalas dendam atas kekalahan 1-0 kepada kelab Belgium itu semasa saingan peringkat awal, November lalu.

Sementara Real yang masih segar dengan kejayaan menyingkirkan Manchester City dalam aksi play-off sebelum ini aka melayan kunjungan Atletico pada 4 Mac ini.

Kedua-dua gergasi Sepanyol itu yang juga merupakan musuh ketat telah bertemu dalam empat pertemuan sepanjang musim di mana tuah lebih memihak kepada Real.

Rela menang dalam pertembungan final  2014 dan 2016 selain menang dalam saingan suku akhir 2015 dan separuh akhir 2017. – AFP/UTUSAN

Pusingan 16 akhir

Club Brugge (BEL)             lwn Aston Villa (ENG)

Borussia Dortmund (GER) lwn Lille (FRA)

PSV Eindhoven (NED)       lwn Arsenal (ENG)

Real Madrid (ESP)             lwn Atletico Madrid (ESP)

Feyenoord (NED)               lwn Inter Milan (ITA)

Bayern Munich (GER)        lwn Bayer Leverkusen (GER)

Benfica (POR)                    lwn Barcelona (ESP)

Paris Saint-Germain (FRA) lwn Liverpool (ENG)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×