BARCELONA: Tidak cukup membenam Real Madrid minggu lalu, ayam tambatan Barcelona, Lamine Yamal sekali lagi memainkan peranan kejayaan pasukannya mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol selepas membelasah Real Betis 5-1 pagi ini.
Dalam satu lagi aksi perlawanan, Atletico Madrid turut menjejaki langkah Barca selepas menang 4-0 ke atas kelab divisyen dua, Elche.
Bintang Barca berusia 17 tahun itu menjaringkan satu gol dan membantu mencipta dua lagi jaringan dalam pertembungan itu.
Gavi meletakkan Barca di depan pada awal permainan sebelum empat lagi jaringan menerusi Yamal, Jules Kounde, Raphinha dan Ferran Tores menyusul dan sudah cukup melemahkan Betis yang sekadar mampu menjarinkan gol tunggal pasukan itu.
Berbekalkan kejayaan membelasah Real Madrid dalam aksi final Piala Super Sepanyol di Arab Saudi minggu lalu, Barca turun beraksi dengan keyakinan yang cukup tinggi untuk mara ke perlawanan akhir. – AFP/UTUSAN










