KUANTAN: Tindakan pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengubah taktik pasukannya pada separuh masa kedua aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City menyelamatkan tuan rumah daripada menerima kekalahan di laman sendiri. Skuad Tok Gajah bernasib baik berjaya menyamakan kedudukan sebelum perlawanan berakhir dengan terikat 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh kelmarin. Kemasukan David Rawley, Stefano Brundo serta Baqiudin Syamsudin pada 20 minit terakhir mengubah rentak aksi tuan rumah dengan aksi lebih…










